Mengira perbezaan: a − b Congak

Pengiraan langsung

Apabila digit-digit b adalah semuanya lebih kecil dari digit-digit "a", pengiraan boleh dibuat secara langsung antara digit dengan digit. Contohnya, pengiraan 872 − 41 dibuat dengan menolak 1 dari 2 di tempat "sa", dan 4 dari 7 di tempat "puluh", mendapatkan jawapan:831

Pengiraan tidak langsung

Apabila keadaan seperti di atas tidak berlaku, masalah ini kadang-kadang boleh diubah suai:

  • Jika hanya satu digit dalam b yang lebih besar dari digit-digit a, kurangkan digit besar dalam b itu sehingga ia sama dengan digit a yang bertentangan. Kemudian dapatkan hasil operasi. Akhir sekali, tolakkan jumlah yang dikurangkan dari digit besar b sebelum ini pada hasil operasi untuk mendapatkan hasil akhir. Contohnya, untuk mengira 872 − 92, tukarkan masalah ini menjadi 872 − 72 = 800, kemudian tolakkan 20 dari 800 untuk mendapatkan hasil akhir:780.
  • Jika lebih dari satu digit dalam b yang lebih besar dari digit bertentangan dalam a, ia akan menjadi mudah jika jumlah yang patut ditambah pada b untuk mendapatkan a dicari. Contohnya, untuk mengira 8192 − 732, nilai 8 boleh ditambah pada 732 (menghasilkan 740), kemudian tambah 60 (menghasilkan 800), kemudian 200 (menghasilkan 1000). Selepas itu, tambah 192 untuk mendapatkan 1192, dan akhir sekali, tambah 7000 untuk mendapatkan 8192. Jadi, jumlah yang patut ditambah pada b untuk mendapatkan nilai a adalah 7000 + 192 + 200 + 60 + 8 = 7460. Jadi 8192 − 732 = 7460.
  • Ia mungkin lebih mudah pengiraan dimulakan dari kiri (nombor besar) dahulu.

Anda boleh meneka apa yang perlu dan kumpulkan semua tekaan anda, tekaan anda adalah baik selagi ia tidak melangkaui nombor "sasaran".

Kaedah peminjaman lihat ke depan

Kaedah ini boleh digunakan untuk menolak nombor dari kiri ke kanan, dan penggunaan memori adalah sedikit walaupun untuk menolak nombor dalam apa-apa saiz.

Satu tempat dikendalikan pada masa yang sama, kiri ke kanan.

Contoh:          4075        - 1844        ------
Ribu: 4 - 1 = 3, lihat ke kanan, 075 < 844, perlu dipinjam.           3 - 1 = 2, disebut "dua ribu" Ratus: 0 - 8 = nombor negatif tidak dibenarkan di sini,           10 - 8 = 2, 75 > 44, jadi tidak perlu dipinjam,           disebut  "dua ratus"     Puluh: 7 - 4 = 3, 5 > 4 jadi tidak perlu dipinjam, disebut "tiga puluh"     Sa: 5 - 4 = 1, disebut "satu"